Thursday, March 5, 2009

reply kepada komen untuk entry "kembara"

baru-baru ini seorang sahabat saya telah meninggalkan komen yang berbentuk idea dan persoalan di previous entry bertajuk kembara. berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan untuk komen yang membina itu.
sebgai menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan, saya menulis puisi "cinta canggih" ini.
maka,
mahadewaratna_sari, yang saya maksudkan semacam ini;

jika aku adalah username,
kaulah passwordnya.
jika aku adalah laptop,
kaulah kabel power supply ku.
cinta mu ibarat kuasa eletrik yang menjana laptop,
tanpamu, hapus terpadamlah jiwa ini.
wajahmu ibarat skrin laptop yang bercahaya,
tak pernah bosan ku tatapi setiap hari.
kemana pun ku pergi, kau sentiasa ku bawa dalam hati,
seperti bateri laptop sentiasa dalam beg laptop ini,
sebagai bekalan dalam kembara cinta kita.

duhai kasihku,
hadirmu dalam hidupku
bagai antivirus yang melenyapkan segala virus kesunyian,
yang memenjarakan ku dalam archive hidup ini.
kau ibarat task manager,
yang mengatur gerak langkah.
denganmu, segala persoalan hati ku terjawab
seperti google yang setia memberikan jawapan.
setialah bersamaku wahai kekasih
kerana kau lah internal HDD dalam diriku ini
kerana kau lah OS dalam hidupku ini....


haha! macam lebih2 pulak reply nih!
siap ada kaler-kaler lagi..hahaha!
apa2 pun, hopefully persoalan anda terjawab,
dan idea "cinta canggih" ini menjadi satu perspektif baru untuk anda dan pembaca sekalian.

10 comments:

  1. tapi tu lah masalahnye. bahasa. kalaulah ade terma moedern yang lebih puitis dalam bahase melayu kan indah, macam kabel supply ke, laptop ke, skrin ke, password. stakat ni cume ade direct translation je, blum lagi ade betul2 terma yang berasal dari bahase melayu.

    ReplyDelete
  2. ku memang saje kekalkan istilah2 tu dalam BI, untuk memudahkan pemahaman.
    jadi bile timbul persoalan yang baru dibangkitkan ni, maksudnye ko dah dapat la idea kepada soalan ku dulu tu..
    bahasa melayu ni kadang-kadang aku rase lebih sesuai untuk sastera yang mendayu-dayu, bila puitis dan gramatis dibawah tarian bahasa tu sendiri.
    speaking of direct translation, how did this happened? who's to blame? to me, of course DBP. tak kreatif dalam menyampaikan idea yang terkandung dalam satu-satu perkataan tu.
    sampai terpaksa pinjam dan asimilasikan bahasa lain. tak salah, tapi tu bukan satu ciri kesempurnaan bahasa yang kita cari la.
    setuju?

    ReplyDelete
  3. bahasa ini mungkin satu jenis ketahyulan. hmm.. samelah macam sume orang setuju bagimana lahir perkataan setubuh bagi yang beromen. hahahaha!!

    ReplyDelete
  4. hahaha! contoh yang agak extreme.
    tapi takpe.
    atas nama akademik, tu dibolehkan untuk penggunaannya.
    kalau dilihat pada bahasa arab misalannya,
    satu perkataan tu mempunyai kata akar dan makna yang cukup dan lengkap untuk dimenifestasikan sebagai satu perkataan dan perbuatan.
    tapi sad to say, kite tak master pulak bahasa yang sekian lama kite sebut2 setiap hari ni.
    hahaha!

    ReplyDelete
  5. ape kemende ny neh?..
    hahah..

    bcntun sma amir ke?..

    ReplyDelete
  6. philocoly
    -haha!
    ni la jadinye bile kami berfikir..
    mmg slalu out of box, slalu off-topic jadinye
    haha!

    ReplyDelete
  7. haha..
    elok la 2..
    otomen btemu raksasa ksygnny..
    hahax..

    ReplyDelete
  8. ni ade orang lain yang kene fire jap lagi nih...!
    hahaha!!

    ReplyDelete
  9. hish.. pablo, watak apekah philocoly nih? jet langau yang slalu men tembak2 bunge api kat raksase tu ke? satu hal kelaka pasal otomen, prasan tak, kalo ade yang mati maknye akan datang mendarat dan pungut anaknye. Pastu adela pak sedare die datang ke, sepupu ke, ciak miak ke, ipar diah ke, sume datang jadi subtitute. kengkadang ade raksase susah sket, call family ramai2 turun lawan. dan endingnye da menang, ade sorang tinggal dan lain sume menuju matahari. haha.. lame tol tak tengok otomen, philocoly sentimental.

    ReplyDelete
  10. bese la...klu ade otomen, watak sampingan wajib ialah pasukan GUTs yang mengabihkan boreh tu yo..hahaha!
    bab datang reramai tu,
    ade la maksud positif dia tu, kalau nak dicari la..
    philocoly tu memang senget sket..hahaha!

    ReplyDelete

It may take me hours, days or even months, but I WILL reply to your comment(s). Godwilling.