Panas, penat dan letih. Itulah yang dirasakan. Debu-debu jalanan kian menyesakkan. Tubuh kian lesu. Amarah langsung tidak singgah di fikiran. Lapar dan dahaga untuk diteruskan perjalanan. Mahu saja dihumbankan tubuh itu ke dalam lautan madu. Mahu saja digapai dan diperah awan agar hujan turun menghilangkan dahaga. Di luar kemampuan. Sedar dengan kekurangan. Terjatuh lagi mencium bumi yang kering kontang. Perlahan-lahan bangkit. Terlalu lama berehat. Keletihan belum lagi pudar. Terik mentari membakar tubuh. Awan-gemawan seakan lari, bersembunyi. Sejuk malam menikam tulang-belulang. Bulan bintang meski setia meneman, sekadar bisu memerhatikan. Sepi dilagukan, jadi hiburan. Berbekal satu tekad mencari kepastian. Menyisih dari sesak himpit kota. Berpaling dari keindahan pantai dan lautan. Begitulah perjalanan dimulakan. Bahang mentari tak mampu melekang impian. Waktu yang berlalu tidak mampu melapukkan. Hidup tidak pernah menjanjikan ketenangan, kemewahan, kegembiraan. Perlu dicari dan diusahakan. Perlu dihargai supaya berpanjangan. Pun disedari tiada yang akan berkekalan. Fitrah yang dijanjikan Pencipta alam. Sesekali ombak perasaan menerkam, menghanyut, menenggelamkan dalam lautan perasaan. Fikiran mulai kabur. Sinar cahaya menipu mata, memesongkan hakikat, menampakkan telaga di sebelah sana. Lari-lari kecil, terdesak untuk menemukan akhir penderitaan. Angin bertiup kencang, mahu saja ditumpangi biar lekas sampai ke hadapan. Biar lekas temukan penghujung jalanan. Perjalanan ini walau menderitakan, tidak pernah terbit kekesalan kerana memulakan. Tidak pernah diratapi, dirintihkan rasa terpenjara antara ruang dan masa. Bernafaskan cinta tidak pernah terlintas difikiran. Yang dirayu bukan belas kasihan. Yang dipinta sekadar secangkir kasih dari kesayangan. Buat mengisi bejana impian. Mencorak takdir mewarnakan ketentuan.
ORANG-ORANG LAPAR (2)
9 months ago
Di satu sudut, gemerlap wajah ini disuluh cahaya LCD. Ketika itu kipas letrik mengibas rambut ala-jepun. Mungkin webcam dapat melihat lentik jariku menonyoh keyboard. Moga tiada siapa tahu kerana alam masih menjadi metafora yang sesuai.
ReplyDeleteOh bukan begitu.
tapi begini.
Wajahmu bersinar bak cahaya LCD,
Lembut tona pipi seakan di touch up bedak L'oreal,
Lalu di bangku recaro ini aku termangu memandang wajah mu wahai bakal pemenang next american top model,
Sungguh tenang,
Tiada bimbang,
Bagai pemikir liberal yang sedang mereputkan rantaian ortodox.
pablo, aku cube membuat metaphor macam yang kau soal kan dulu.. barangan modern VS alam semula jadi. mugkin bahasa masalahnye. tapi tulah: Mungkin
???
SARI,
ReplyDeletesila rujuk kepada entry baru yang bertajuk "reply kepada komen untuk entry "kembara"".
terima kasih.
-thinkaholic-