Sunday, March 22, 2009

hei

Hei, jangan lari-lari. Tak perlu kau sembunyi-sembunyi. Aku tahu kau di sini. Menyerahlah kau ke mari. Jangan buat aku ternanti-nanti. Jangan buat aku tercari-cari. Pasti ada yang menyesal nanti.

Hei, aku berseru. Dari belakang kau datang meluru. Menghambur andaian macam peluru, bertalu-talu, berderu-deru. Tinggalkan janji-janji palsu. Itukah periuk nasimu?

Hei, lukaku masih berdarah. Tapi mengapa pula aku nak marah? Jangan risau aku takkan sesah. Jangan risau aku dah cukup susah. Kau takkan dapat jadikan ia lebih parah.

Hei, mengaku sajalah kau bersalah. Jangan tunggu bumi terbelah. Sebelum pekungmu terserlah. Doaku kau sedarlah. Sedar bukan bermakna kau kalah.

5 comments:

  1. xde kaitan dgn yg hidup, tenat, koma, mati dan sewaktu dgnnya..

    ReplyDelete
  2. tapi macam ade kaitan je, hehehe saje :P

    ReplyDelete
  3. dah kate dah..xde kaitan dgn yg hidup, tenat, koma, mati dan sewaktu dgnnya..
    apsal degil sgt ni?
    nak kne fire???
    haha! ;p

    ReplyDelete

It may take me hours, days or even months, but I WILL reply to your comment(s). Godwilling.