Monday, June 8, 2009

yang sayang...

yang berlalu sudah jadi sejarah, sudah dirakamkan
yang dirakam sudah banyak yang ditulis
yang tertulis sudah banyak diterbitkan
sayang, cuma sedikit orang yang mahu membaca dan mengambil iktibar.

yang terleka masih terlena
yang menyedari hakikat sudah berbicara
yang berbicara sudah lantang dan jelas hujah-hujahnya
sayang, cuma sedikit orang yang mahu mendengar dan memahaminya.

yang gopoh-gelojoh sudah bertenang
yang bertenang sudah merancang
yang dirancang sudah lengkap dan teliti
sayang, cuma sedikit orang yang mahu mengikutinya.

8 comments:

  1. nak buat apa?
    dipersilakanlah dengan segala hormatnya.

    ReplyDelete
  2. sayang3.buat lagu da elok da ni.pi bg kat m.nasir.anta je kat luncai emas

    ReplyDelete
  3. mike-L:
    haha tengok la nanti camne esok lusa kalau terlintas lagi.

    ReplyDelete
  4. wahh...sgt menarik kata2 anda... ehm..thanks for ur wish dlm blog saya even kite x saling mengenali... ^_^

    ReplyDelete
  5. yang sayang....
    anda sudah menghilang.

    ReplyDelete
  6. philocoly-
    ade je..xhilang pun..

    ReplyDelete

It may take me hours, days or even months, but I WILL reply to your comment(s). Godwilling.