Sunday, September 6, 2009

senyum-senyum ramadhan

berdebar-debar dalam dada,
bila terdengar ramadhan nak tiba,
mengapa sebab, orang bertanya,
jawabnya nanti; qadha tak sempurna.

sebelum subuh makanlah sahur,
jangan lupa niat dan syukur,
lepas kenyang ada yang tertidur,
jikalau pengsan terlepas zuhur.

kuali berbunyi periuk digendang,
masakan si chef bukan kepalang,
apakan daya dugaan memandang,
di depan mata sajian terhidang.

bila puasa banyakkan bersabar,
jangan menggarang kerana lapar,
amal ditambah ilmu disebar,
moga nanti tak terkapar-kapar.

berbuai-buai di depan rumah,
singgah pula jiran sebelah,
bertukar juadah bukan sedekah,
pulangkanlah bekasan bila dah sudah.

baca doa sebelum berbuka,
tanda syukur pada Yang Esa,
kalau taknak masuk neraka,
jangan ditinggal fardhu yang biasa.

tunggang motor laju-laju,
sebab dah hujan teringatkan baju,
alahai saudara bukan selalu,
makan melintang patah membujur lalu.

air kelapa air tebu,
semua diborong keringlah saku,
bila perut dah rasa sebu,
murtabak enak jadi tak laku.

ayam kampung dibuat gulai,
daging muda dibuat salai,
terawih malam mula terbarai,
bila dah makan sampai terkulai.

masa moreh makan tapai,
masam manis nikmat dicapai,
rangkap akhir sudahpun sampai,
salam diucap dan juga bye-bye.

9 comments:

  1. This is COOL...

    moga nanti xterkapar-kapar

    ReplyDelete
  2. seronok baca....boleh plagiat nie..guro2

    ReplyDelete
  3. nak airtebu satu bro!

    huhu.
    kacak sekali.

    ReplyDelete
  4. lttlgjh-
    yeahhh timah koqq. haha

    elwani-
    time kasih.

    elwani (lagi)-
    hah, kalau suka, bacakanlah kat orang lain. haha

    mike-L-
    good to know that. thanks bro.
    yeah. ameen, insyaAllah.

    perdos-
    yeahh! hahaha (cam kopipes komen ko pun ada. hahaha)

    himura-
    tetapi masih ada nilai baik yang boleh diceduk bersama.

    hafizah-
    hehe bagus la kalau macam tu.
    nak copy boleh, tapi kena bagi kredit kat tuan punye. hahaha

    pisey-
    silakan ambil. buat macam rumah sendiri. hahaha

    ReplyDelete

It may take me hours, days or even months, but I WILL reply to your comment(s). Godwilling.