Tatkala insan-insan disangka agung sedang diukirkan dalam lipatan sejarah dengan kemegahan, dia masih dilupakan. Dia bukan insan pujaan, dahagakan pujian. Ketika manusia lain sedang kagum memandang pencakar langit yang bertebaran, dia masih memikirkan cara untuk dia mendapatkan sesuap rezeki diceruk-ceruk longgokan batuan. Dia bukan anak hartawan. Semasa manusia lain sedang terlepak kekenyangan, dia masih derita kelaparan, dan dengan air hujan dia menahan. Dia tidak mengenal manusia dermawan. Sedang manusia lain dipuja dan diberi penghormatan, dia masih terus-menerus dihina seperti pengemis jalanan. Dia bukan pencuri mahupun penyamun. Apabila manusia lain sedang enak dibuai mimpi dan fantasi malam, dia masih berkeliaran mencari teduhan dari embun jantan. Disaat manusia lain sedang leka dan bersenang-senang, dia masih dihimpit dunia yang penuh derita dan ketidakadilan. Namun dia redha. Dia bukan hakim untuk menghukum kekurangan. Dia bukan dewa-dewa untuk memberikan kemewahan dalam sekerdip pandangan. Dia juga bukan seniman yang dapat melukiskan puitis mewarnai kehidupan. Dia manusia biasa. Anak seorang marhaenis. Manusia yang sering dilupakan. Namun dia masih punya hak dan keinginan mengecap kendi kebahagiaan.
ORANG-ORANG LAPAR (2)
9 months ago
best2!!! :)
ReplyDeleteapa maksud marheanis yek??
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeletemarhaenis secara amnya boleh diterjemahkan sbg gologan bawahan.
utk student ekonomi, gologan "proletariat" mungkin istilah yg biasa dijumpai. hehe
perkataan marhaenis dipopularkan atau lebih tepat dimulakan oleh sukearno pada pertengahan pemerintahanya di indonesia. disurahkan pada lawatanya ke irian jaya, seorang budak berperut buncit dan telanjang telah menembusi kawalan ketat dan melepasi para pembesar tempatan hanya untuk bersalaman dengan sukearno. budak itu bernama marhean. mungkin kerana takjub dengan kelicikan anak kecil itu, sukearno mengarahkan tentera melepaskannya justru meminta jenderalnya untuk memberikan pendidikan, persalinan, tempat tinggal dan segala kemewahan dari kerajaan dengan anggapan budak itu mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. sukearno sekali lagi terbang ke sana pada penghujung pemerintahannya hanya untuk melihat perkembangan marhean. ternyata lawatanya cuma mendatangkan kekecewaan apabila mendapati perubahan pada marhean hanyalah pada pakaianya - marhean sudah pandai berbaju. namun dia masih lagi begitu, malas, buncit dan tidak mahu belajar walaupun diberi pendidikan. sukearno pulang dengan kekecewaan dan menyimpulkan "marhean adalah contoh sebenar proletariat, malas dan gagal mengubah diri" sarjana indonesia justru mengangkat nama marhean dalam terjemahan buku-buku falsafah untuk menggantikan perkataan proletariat. marheanis pula adalah marhean dalam keadaan jamak atau ramai. sekian.
ReplyDeletedari undergrad sains politik.
terima kasih utk info yang anda kongsikan :)
ReplyDeletebegitu rupanya...benda br yg dipelajari.. tq.. :)
ReplyDelete