Sunday, April 12, 2009

perutusan april

Salamun 'alaikum bima shabartum.

Terlebih dahulu syukur dimunajatkan serta selawat
dan salam untuk Junjungan. Jutaan penghargaan
untuk para pengunjung.
Rasanya masih belum terlambat untuk menulis
perutusan dari empunya
blog biarpun sudah
mencapai pertengahan
bulan.
Pada ketika perutusan ini ditulis,
bulan yang sering mencetuskan inspirasi
sedang indahmengambang dikelilingi pelangi,
memancarkan cahaya yang terang.

Seperti yang telah dinyatakan
secara eksplisit dan implisitnya,blog ini didedikasikan kepada bahasa,
idea dan kebenaran, dan sudah tentu,
keterbukaan dalam menyampaikan
dan menerima pandangan menjadi
tulang belakang kepada penulisan dalam blog ini.
Saya sememangnya suka berkarya,
dan blog ini menjadi wadah untuk saya menyampaikan
karya dan idea saya.
Karya yang terhasil adalah untuk masyarakat secara amnya,
diselingi dengan beberapa karya yang sekadar
untuk memuaskan keinginan menulis yang kuat
atau mudah disebut sebagai karya-karya "syok sendiri".
Namun karya seumpamanya masih diberikan nilai untuk
menyampaikan idea-idea secara tersirat samada
berbentuk pandangan dan juga nasihat kepada umum dan terutamanya diri saya sendiri.
Saya bukanlah pejuang-pejuang yang diluaskan
peluang untuk menjadi lantang yang
berani persis A. Samad Said atau Ahmadinejad mahupun
para syuhada' di bumi Palestin, namun masih mahu dan cuba untuk memberi sumbangan
kepada pembangunan pemikiran masyarakat beracuankan agama
dan moral serta nilai-nilai ilmiah.

Berbicara hal entri, baru-baru ini entri bersiri, berperang sudah lengkap.
3 siri peperangan telahpun selamat diposkan sejak sebulan
yang lepas dan berakhir pada sehari dua yang lalu.
"Akhirnya sempurna", jika dipetik lirik sebuah
lagu yang sudah lama tidak saya dengar di corong-corong radio
atau di mana-mana pun untuk menggambarkan keadaan ini.
Pun begitu, saya masih memerlukan masa,
kerana saya kekurangan masa yang sedia terbatas
untuk menulis pantun-pantun sebagai bacaan ringan dalam blog ini.
InsyaAllah akan saya usahakan juga suatu masa nanti.

Melewati batas-batas norma manusia bukanlah sesuatu yang ingin disampaikan.
Semoga nukilan-nukilan dalam blog ini ditafsirkan secara positif dan kreatif.

Sekian dahulu dari saya,


Salam pemikiran,
Thinkaholic

24 comments:

  1. mengagumkan!
    ayat2 yg.............
    -kelu tgn utk menaip-

    ReplyDelete
  2. nm pn kelu...
    xkn stuntman plak kot.

    ReplyDelete
  3. manede tgn kelu..lidah je yg kelu..
    tgn terkaku..

    jap3...abes tu taip pakai idung ke ni?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah aku masih tidak terlibat dgn mane2 persatuan OKU lg.
    sihat wal afiat.

    tau la pndai berbahasa.
    ahah.
    kantoi lak BM aku..
    aha.

    ReplyDelete
  5. ooo dah sembuh da rupenye..
    syukurrr..

    haha meh amek tuisyen BM kt sini nak?
    yuran dia, sabar.
    hahaha poyos je..

    ReplyDelete
  6. aku bukan poyos eLmajid suda.April 14, 2009 at 6:53 PM

    siot..
    smbuh pe plak.

    ye..
    anda mmg poyoss..
    double S..
    tp..
    kat sini tu kat mana?
    mcm berminat lak...
    ahaha.

    ReplyDelete
  7. hahaha siap tukar name lg..

    sedar diri tu kan bagus..

    wah bagos2..
    kat sini tu over here la..
    tp bangunan lom buat lg..bajet xde..

    ReplyDelete
  8. sukahati tuka name tp ttp eLmajidApril 14, 2009 at 7:08 PM

    ceh..
    ckp pom2..
    alih2 bgunn pn xde.
    kensel!

    ReplyDelete
  9. ckp pom2?
    lom ade bajet nk upah cheerleader lg la..
    haha!

    kensel? kuranggg sorang anak murid yg bega..kah3!

    ReplyDelete
  10. aduss.
    bhs kampung sekolah pn xtau ke?
    ckp pom2=ckp yo2 je...


    bega ke?
    bleh thn la.
    ahah.

    ReplyDelete
  11. haha almaklum la ziarah sane pun 2 bulan skali..
    takde update la pasal bahase sane..

    sedar diri pun..tahniah..
    har3

    ReplyDelete
  12. dulu poyo2 bega,tp ttp eLmajidApril 14, 2009 at 8:17 PM

    saya mmg sedar diri.
    time kasih tlg seda kan skali.
    aku hmpir lupa yg aku bega.
    suda lama xfly klas.
    ahahah.
    tu hmpir terlupa tu.

    ReplyDelete
  13. same2..tu lah tugas thinkaholic..
    sedar dan menyedarkan, mengajak manusia waras berfikir dan menilai.

    haha fly kelas mmg best..pastu lepak lak kt surau ngaji reramai..sejuk ati ustaz tgk..xjd nk soh masuk kelas..hahaha

    ReplyDelete
  14. kau mesti head boy kat skool dulu2..tp aku eLmajid la.April 14, 2009 at 8:45 PM

    kah3..
    ni mesti taiko kat shams dulu ni.
    ckp dr pengalamn la tu.
    pakat ngaji dpn ustaz yo..
    pastu bilo line da clear,
    bntai tido an??
    kah3..

    ReplyDelete
  15. eishh xde la..
    ku pengerusi surau dlu..tp xde tauliah la..

    stakat nk tido, xyah gi surau..
    masuk je kelas tu..sume flat..
    riak wajah? tak bersalah pun memasing..
    kah3

    ReplyDelete
  16. xpenat ke lyn eLmajid?ahah.April 14, 2009 at 9:03 PM

    pergh..
    pngerusi surau si-ot..
    ahahah.

    mmg ah xbersalah..
    apathetic je mmsing.
    aha.

    ah suda..
    off topic lg.
    gara2 sape laa ni..

    ReplyDelete
  17. haha stendet la..

    dak2 tu memang..tah pe2 la buat memalam sampai apathetic sgt dlm kelas.

    eh blom off-topic lg..sbb mmg xde specified topic.
    hahaha

    ReplyDelete
  18. lom lg eh..
    perutusan april nih bukan topic sbnr2nye eh..
    ahahah.

    ReplyDelete
  19. perutusan april tu topik entri..
    topik komen yang dah jd thread ni blom ade lg..
    jd dibolehkan la meraban. keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan la katekan...
    kah3!

    ReplyDelete
  20. aku bukan pablo..ahahApril 14, 2009 at 9:50 PM

    pdhl pndangn aku satu yo td..
    "mengagumkn"
    hoho.

    ReplyDelete
  21. respon ku pun "haha stunned la tu.. ;p" yo td..
    kahkahkah

    ReplyDelete
  22. eLmajid-xabis2 nm aku yo naik-April 14, 2009 at 10:03 PM

    ah suda..
    xkn nk ulang blk.
    bc ape yg suda ditulis da la.

    ReplyDelete
  23. tu la pasal..
    sila ulang sampai boring ye.
    haha

    ReplyDelete

It may take me hours, days or even months, but I WILL reply to your comment(s). Godwilling.