asyik teringat setiap saat
lonjak hati melantun-lantun
dari isnin hingga jumaat
memerah akal menulis pantun
tinggi-tinggi pokok kelapa
buahnya jatuh ke dalam perigi
anakanda lambat bukannya lupa
cuma ilham tak tiba lagi
singgah sebentar di kedai nyonya
mencari tepung tetapi tiada
dari bangi anakanda bertanya
apa khabar ayahanda dan bonda?
berehat-rehat di tepi beranda
singgah pula jiran bertamu
ucapan selamat untuk ayahanda
sempena ulangtahun hari lahirmu
dari mantin ke bukittinggi
pergi menziarah saudara-mara
moga umur dipanjangkan lagi
iman diteguhi hati pun gembira
jikalau hamba berjalan kaki
baiknya hati ditumpangkan sekali
kumohon jua dimurahkan rezeki
dan hidup tenang bak air di kali
anak kecil belajar memanjat
dibiarkan jangan, diperhatikan selamat
kepada Tuhan anakanda bermunajat
ayahanda bonda dikurniakan rahmat
sungai machang tempat membesar
banyak kisah penuh beerti
andai bahasa ada terkasar
harap ayahanda tak kecil hati
andai kemarau mahu melanda
empanglah air di sungai tekala
sekian dahulu dari anakanda
moga doa dimakbulkan belaka
sekian.
KISAH MENULIS: PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
4 years ago
hahhaha..aku terbayang suasana ko baru sampe2 je umah,da trus stat berpantun ngan ayahanda ko..
ReplyDeleteapa2pon, aku mau jugak wish selamat ulang tahun pd ayahanda ko..semoga disihatkan badan, dikuatkan iman, dipanjangkan umur dan diriangkan hati selalu..amiinnnn..
Madah anakanda telah mak baca,
ReplyDeleteHampir menitis siair mata,
Gembira hati tak terkata,
Bila anakanda ingatkan ayahanda
Ayah anda juga turut berpesan.
Pada anakanda di Bangi sana,
Agar sihat sentiasa badan,
buat ibadat jangan dilupakan.
-ayah dan emak-
:-) best pantun awak :)
ReplyDeleteduckness-
ReplyDeletehaha. hampir-hampir berlaku tu, tapi tak sempat balik rumah masa tu. thanks for the wish anyway :)
ayahanda & bonda-
hehe. inschaAllah :)
beruang putih si dyla qistina-
haha terima kasih. err, nama yang ringkas sikit apa ye? heheh :D