Mari dengarkan, sebuah cerita biasa yang telah aku karangi untukmu . Susuk ini dilagendakan berdarah dakwat berlidahkan kalam namun hakikatnya lebih banyak pena dari huruf yang tertulis. Sungguhpun begitu, dalam kekurangan ini aku karangi sebuah cerita tentang aku.
Aku ini hidup seperti nelayan meski telapak kakiku jauh dari lautan. Sentiasa dibuai ombak, dilanda badai demi penghidupan yang sedikit. Lahirku pada hari yang biasa, cuaca yang biasa. Ibuku orang biasa. Ayahku pun bukan dari golongan dewa-dewa. Rasa biasa inilah yang buat ku gembira. Dan rasa gembira itu pula sangat istimewa bagi orang biasa seperti aku.
Kenanganku yang paling menggembirakan adalah semasa aku menangis. Sedang kenangan yang paling menyedihkanku adalah semasa aku tertawa. Tangis demi Tuhan buat aku gembira kerana ketika itu aku masih punya iman. Tertawa yang terlalu suka sebaliknya menyedihkan kerana aku lalai mengingati Tuhanku.
Aku sudah menuntut bahagianku dalam menang dan hilang. Aku sudah merangkak dan berjalan terus berlari pantas. Aku sudah pernah menyelami lautan dalam dan terbang tinggi memijak awan. Tidur dibuai bumi berkelambukan bintang-bintang terang diselimuti rasa aman dan tenang.
Jiwaku ini pernah menyeberang lautan dan tanah kontang. Sambil hatiku menjadi garis lintang- menjejak kemana kasihku hilang diambil orang. Mencari yang hilang, berhajat mahukan ia pulang. Mekar kembali rasa gemilang laksana cahaya bintang yang bergemerlapan. Dekat di hati bersemi di jiwa, nota-nota cinta ku tiupkan ke angin bawa ia pergi bertitipkan kasih yang tak berkurangan... selama dia redha.
Bukankah aku sudah menyata, cerita ini cerita yang biasa... Mahukah kau percaya?
percaya..walaupun ianya biasa, tapi bait2 yang tersusun indah jadikan ia luar biasa.. :)
ReplyDeleteteruslah mencari apa yang kau cari..
ReplyDeletejangan berhenti.. :D
ini biasa bro...ini tak biasa..
ReplyDeleteduckness-
ReplyDeleteterima kasih. cerita yang biasa ini cerita yang tiada kepalsuan di dalamnya. :)
meidy-
ya, seharusnya semua yang bernama manusia perlu begitu.
mike-
biasa ke tak biasa ni? hahah