Tuesday, July 26, 2011

rajin

rajin menulis bukan bermakna kau adalah seorang yang rajin berfikir

dan sebaliknya,

rajin berfikir bukan bermakna kau akan jadi rajin menulis. faham maksud aku?




dan inilah alasan paling logik dan kukuh dari aku. selamat berpuasa.

Wednesday, May 18, 2011

ada tiada

setiap yang terlintas, mungkis sekadar melintas atau menyinggah dalam fikirku kini,

malangnya, bukan sesuatu yang boleh aku tulis, boleh aku lukis.

ia lebih kepada sesuatu yang perlu aku teliti dan laksanakan.



maaf. mungkin lain kali sahaja.

Monday, April 4, 2011

masa

Dedaun hijau dari pokok yang rendang
gugur sehelai demi sehelai dipetik waktu
ada yang terbang jauh ditiup angin lalu
ada yang sudah menyerpih jadi baja dan debu





bersambung... (bila lapang)

Friday, December 31, 2010

pesan hati [v]

Wahai hati yang bertawakal

Usahlah kau bimbang dengan setiap ketentuan. Semoga doamu bahawa setiap hal diluar pengetahuan menyebelahimu dimakbulkan. Percayalah dengan janji-janji Tuhan, bahawa setiap dugaan dan nikmat yang ditimpakan, pasti sanggup dirimu menampan bebanan dengan akhirnya jua kau terima pembalasan, baik dan buruk, setiap amalan yang kau kerjakan.

Wahai hati,

Cukuplah dahulu aku sampaikan pesanan sepertimana yang pernah engkau wasiatkan. Sampai waktunya nanti, pasti aku akan kembali membawa pesanan-pesananmu yang telah engkau titipkan di bahuku menanggungnya untuk ditunaikan.

yang benar,
dirimu

Thursday, December 30, 2010

pesan hati [iv]

Wahai hati yang punya akal

Sering kau ucapkan, betapa kau memahami setiap keadaan, betapa kau kerahkan setiap titis akal fikiranmu mengerti hikmah disebalik setiap kejadian, kau juga tahu penyelesaian serta kesimpulan. Mengapa kau masih duduk diam tanpa sebarang langkah gagah kau ambil setelah kau dikurniakan pedoman?


bersambung..