Monday, April 19, 2010

Beruang dalam minda

that doing the right thing is mandatory eventhough everything else seemed to go wrong. Keep in mind, those "went wrongs" only SEEM to be as you see it, for you might never had the chance to know that they are the best for you in someway. Trust me. Or not.

So much for a quote of the week.

Cheerio.

Friday, April 2, 2010

khas untuk ayahanda

asyik teringat setiap saat
lonjak hati melantun-lantun
dari isnin hingga jumaat
memerah akal menulis pantun

tinggi-tinggi pokok kelapa
buahnya jatuh ke dalam perigi
anakanda lambat bukannya lupa
cuma ilham tak tiba lagi

singgah sebentar di kedai nyonya
mencari tepung tetapi tiada
dari bangi anakanda bertanya
apa khabar ayahanda dan bonda?

berehat-rehat di tepi beranda
singgah pula jiran bertamu
ucapan selamat untuk ayahanda
sempena ulangtahun hari lahirmu

dari mantin ke bukittinggi
pergi menziarah saudara-mara
moga umur dipanjangkan lagi
iman diteguhi hati pun gembira

jikalau hamba berjalan kaki
baiknya hati ditumpangkan sekali
kumohon jua dimurahkan rezeki
dan hidup tenang bak air di kali

anak kecil belajar memanjat
dibiarkan jangan, diperhatikan selamat
kepada Tuhan anakanda bermunajat
ayahanda bonda dikurniakan rahmat

sungai machang tempat membesar
banyak kisah penuh beerti
andai bahasa ada terkasar
harap ayahanda tak kecil hati

andai kemarau mahu melanda
empanglah air di sungai tekala
sekian dahulu dari anakanda
moga doa dimakbulkan belaka


sekian.

Friday, March 26, 2010

rahsia

sebenarnya aku....






jatuh..













*some text missing*





nota 1: ceh. suspen la pulak. 
nota 2: aku sibuk sampai aku jadi pelupa. maaflah kalau kau singgah ke sini dan kecewa. aku janji aku akan kemaskini blog bila-bila aku punya masa percuma (tanpa kos lepas) untuk ruangan ini.


Tuesday, March 2, 2010

dikala bulan malas mengambang

Saatnya insan lain menepuk bantal empuk, kita masih setia, duduk berhadap dan bersoal jawab cerita. Dari kuman hingga semesta, semuanya cuba kita kupas dengan pisau bahasa yang paling tajam, kita hiris tipis-tipis biar jelas semuanya. Sebentar bicara panas, ditiup angin sepoi menjadi reda. Sebentar bicara dingin, menghirup air berdikit pulangkan kehangatan. Kita suntikkan metafizika dalam setiap pandangan nazari bawah cahaya. Kita bicara bahasa matematika bila sudah hilang percaya pada filusuf dunia. Kita makan dengan sudu dan garfu metafora. Kenyang perut, akal pun tak sebu mencurahkan fikrah untuk kita santapi bersama. Kita tinjau langit, nikmati titik-titik kerdil yang bersinar malap dari kejauhan. Oh, kita perasan kekurangan, bulan tiada menghampar cahaya di langit malap.  Itulah, yang aku kenang, dikala bulan pun malas mengambang, kita masih sanggup duduk bersembang cari jalan terang.

Friday, February 26, 2010

pancang emas

Pancang emas terpacak, jadi tanda taklukan hati. Bendera tanpa warna bersinar digilap mentari, berseri disimbahi purnama. Tenang gelora laut. Sepilah hutan rimba. Cari di mana raja yang mengaum tanda kuasa. Demi jajah takluk diratakan gunung-ganang penongkat langit, pemasak bumi. Laut mati dihembus menjadi debu dan batu. Berajalah fikrah dalam tubuh-tubuh berjiwa kudus, perilaku mulus. Hendak kemana dicampakkan karung baju silam yang hanya penuh dengan tompokan darah kering perosak bangsa jika bukan ke lubuk bahana. Hujan, turunlah menyucikan tanah-tanah gersang dengan tumbuhan berbuah. Biar gembira pipit-pipit kecil mengerumuni hasilnya. Lalu ia membajai pula biar subur tanah bencana. Awan dekatilah dengan redupmu membawa kelegaan dari remangnya mentari membakar. Dan dari tanah segalanya bermula, kepada tanah jua semuanya hancur menjadi debu tanpa bersisa.