Monday, December 24, 2012

ada apa?

Malam ini? selimut yang membalut, angin yang bertiup, dan lampu yang samar. ada apa waktu ini? mata yang segar, hati yang pudar, batuk yang menyambar. ada apa dengan nukilan ini? Oh, jiwa yang bebas dahulunya terkurung. Kini terlepas sebebas burung. ya, aku dikurung.

Friday, November 11, 2011

dini

Embun - dan dingin malam. Menusuk dan menyumbat pintu nyawa. Apa harus dilakukan untuk membukanya semula. Pasti punah jika dibiar saja. Berseranah pula hati meronta.

Bisik - cengkerik dan chakra udara. Lembut membelai mengumpan mata. Makin lantang waktu berdetik, makin ia ghairah menggoda.

Lesu - kudrat tiada. Mahu dipinjam, tiada terdaya membayar semula. Mahu diberi, tiada setimpalnya. Bila semua mahu dikira.


Jom tidur.

Friday, September 9, 2011

erti

wahai guru

ajarkan aku
kata yang paling pedih

ajarkan aku
bahasa yang paling sedih

ajarkan aku
makna penat dan letih

kerana

aku kian keliru dengan setiap erti
ragu-ragu dengan setiap inci fikiran ini

Sunday, September 4, 2011

stories

sometime, some stories are best left untold.


and


some gifts are just best left unfold.

Tuesday, July 26, 2011

rajin

rajin menulis bukan bermakna kau adalah seorang yang rajin berfikir

dan sebaliknya,

rajin berfikir bukan bermakna kau akan jadi rajin menulis. faham maksud aku?




dan inilah alasan paling logik dan kukuh dari aku. selamat berpuasa.