Thursday, January 3, 2013

warna

Kiranya dunia ini mendung, kelabu - keraplah aku keliru. Bilakah akan waktunya cerah, sambil menanti hujan yang entahkan berkunjung. Darahku ini merah, hatiku ini marah. Mengapa selaluku berasa resah? Sedang kebuntuan sudahpun diabsah - bukan erti untuk tunduk pasrah. Berdiri di tengah cerah, mata hitamku silau melihat cermin berkilau. Masa lalu yang gelap, tiada walau sinaran malap kini kembali menjengah. Kabus yang keruh, dilemparkan sedikit pandangan pun sudah penuh. Jangan jenuh, walau berpeluh-peluh. Tawakkal-lah, semoga Tuhan kurniakan cahaya menyuluh. Semoga Tuhan kurniakan cahaya menyuluh.

Monday, December 24, 2012

ada apa?

Malam ini? selimut yang membalut, angin yang bertiup, dan lampu yang samar. ada apa waktu ini? mata yang segar, hati yang pudar, batuk yang menyambar. ada apa dengan nukilan ini? Oh, jiwa yang bebas dahulunya terkurung. Kini terlepas sebebas burung. ya, aku dikurung.

Friday, November 11, 2011

dini

Embun - dan dingin malam. Menusuk dan menyumbat pintu nyawa. Apa harus dilakukan untuk membukanya semula. Pasti punah jika dibiar saja. Berseranah pula hati meronta.

Bisik - cengkerik dan chakra udara. Lembut membelai mengumpan mata. Makin lantang waktu berdetik, makin ia ghairah menggoda.

Lesu - kudrat tiada. Mahu dipinjam, tiada terdaya membayar semula. Mahu diberi, tiada setimpalnya. Bila semua mahu dikira.


Jom tidur.

Friday, September 9, 2011

erti

wahai guru

ajarkan aku
kata yang paling pedih

ajarkan aku
bahasa yang paling sedih

ajarkan aku
makna penat dan letih

kerana

aku kian keliru dengan setiap erti
ragu-ragu dengan setiap inci fikiran ini

Sunday, September 4, 2011

stories

sometime, some stories are best left untold.


and


some gifts are just best left unfold.